Semalam 20 Jun 2011 adalah hari paling bahagia buatku padanya kerana aku dapat bertemu dengan eny.Memang tak dapat ku gambarkan dengan kata-kata walhal dengan apa jua sekali pun.Aku ingin bertemu dengan eny di Tanjung Harapan kerana kebetulan aku berada di puchong selepas aku pulang ke kampus untuk menghantar Surat Perjanjian Pinjaman Mara.Aku nak marah juga apabila Surat Perjanjian Pinjaman Mara tidak diterima angkara sign majikan 1 sahaja.geram betul lah..kenapalah aku tidak teliti sewaktu mengisi Surat Perjanjian Pinjaman Mara itu..Tapi tak apa marah yang aku rasa kian pudar kerana kebetulan eny ada mesej aku sewaktu aku sudah pulang ke rumah pak cik aku.fuuhhh!lega tak terhingga rasanya.Kebetulan pulak eny bagi tahu yang dia ada dekat North Port apa lagi aku terus plan nak jumpa buat kali pertama.Bak kata orang first date nie agak kelam kabut dan apa yang nak di buat pun serba tak menjadi.Masa pertemuan yang dirancang adalah pukul 5 Petang selepas eny pulang dari kerja.Aku merancang perjalanan agak lewat dalam pukul 4.30 Petang.Aku sangkakan aku masih ingat lagi jalan ke situ rupanya aku betul-betul lupa kerana sudah 4 tahun aku tidak sampai ke Tanjung Harapan pun.Betul-betul sesat aku entah sampai kemana pun aku tak tahu.boleh kata memang lewat lah aku sampai dah dekat pukul 6.10 petang.Sepanjang perjalanan tiada apa yang aku nak jumpa bertemu setelah sekian lama merindu pada kasih yang jauh dimata namun dekat dihati.Puas aku mencari jalan akhirnya sampai juga ke Tanjung Harapan. Aku mencari-cari mana eny rupa-rupanya dia sudah berdiri dihadapan kereta sambil melihat aku dalam keadaan wajah yang tenang.Aku tahu dalam ketenangan wajahnya tersimpan bermacam-macam masalah yang harus difikirkannya.Tapi aku harus tenang dan menyusun kata-kata agar eny tidak terluka.Perkataan pertama yang aku ucapkan adalah maaf kerana buat sayang menunggu lama sangat.maklumlah dah lupa jalan.Eny tenang dan kata xpe lah.Aku pun mengajak eny pergi ke atas laluan yang berhamparkan keindahan aliran air laut Selat Melaka.Aku terus berjalan dan berjalan,hinggakan eny kata tak boleh jauh sangat wallet kat dalam kereta.risau katanya..aku pun tidak lah meneruskan perjalanan tapi mengajak duduk sahaja disitu.Aku tahu eny melihat wajah aku dengan perasaan serba salah.aku memulakan perbicaraan bertanya hal-hal kerja sahaja.agak lama berbual-bual hal itu.Fokus aku cuma 1 nak tanya putus atau tidak. Ternyata eny sudah ada jawapan buat soalan yang aku nak tanyakan pun.”Eny berkata, cukuplah sampai disini sahaja kita.risau kalau diteruskan nanti buat hati kita terluka dan tak nak anggap yang abg dipermainakan.Sedang sekarang abg pun sudah dipermainkan.Mintak maaf sangat-sangat.” Aku menjawap,.”Bagi abg xpe lah syg maybe bukan jodoh kita rasanya.abg tak rasa dipermainkan pun,rasa untung kerana disayangi dan di cintai.terima kasih kerana sudi berbuat sedemikian”. Dalam keadaan angin bayu bertiup yang nyaman.aku melihat jauh ke lautan tanpa melihat wajah eny yang aku tahu sekali-sekala ia melihat wajah aku.Aku tahu ia melihat aku dan eny berasa bersalah kerana mempermainkan cinta aku padanya.Agak lama kami berdiam diri dan melihat pandangan laut yang terbentang luas ini.Aku menoleh dan melihat wajahnya dan terus bertanya,”so,sampai disini sahaja la hubungan kita”,eny membalas,”tak maksudkan macam tu,kita masih kawan kan.btl x?”.Aku cuma angguk jew la.padahal dalam hati ada harapan yang menggunung buat perhubungan kami ini.Aku bertanya apa alasan kita nak putus ni.Pertama kerana janji sewaktu zaman sekolah dahulu.Kedua,eny khuatir aku akan ada yang lain maklum la aku kan masih berlajar lagi.Ketiga,masa yang nak ditunggu agak lama.Eny risau dan takut apa yang dirancangkan tidak menjadi kenyataan katanya.Baginya alasan kedua dan ketiga eny tidak ambik kisah sangat.Yang jadi masalah adalah yang pertama,kerana janji dahulu.Kini baru aku tahu yang eny tersepit diantara kaca dan permata.aku adalah kaca dan dia yang dahulu adalah permata.apa boleh buat sudah itu ketentuan jodohnya aku terima dengan ikhlas dan yakin kalau ada jodoh pasti akan bersatu jua.Eny melihat jam katanya sudah dekat pukul 6.40 petang dan berkata,”belum solat lagi.takut tak sempat pulak nanti”.Aku pun menjawap “yelah,betul juga.lewat sangat abg datang kan sayang.so lain kali ajak jumpa macam ini sayang ok x?”.eny menjawap,”insyaallah,boleh sahaja.” Aku pun bangun nak pulang menuju ke parking pun.Teringat aku nak bergambar denag eny,jadi ajak la eny kata aku nak buat gambar kenangan pun.Eny pun setuju.Aku dan eny pun pergi ke tempat yang ada berlatar belakang replika kapal.aku ambil gambar eny dalam 2 dan 3 keping dalm keadaan sudut yang berbeza-beza.selepas itu aku minta enya ambil gambar aku pula.eny cuma ambil 1 gambar jew.xpe lah.Tapi aku nak pic berdua.macam mana cara.kebetulan ada brother sorang tengah duduk kat situ dan ape lagi aku pun mintak lah dia tolong ambik kan gambar kami berdua.dapat lah 2 keping pun.Jadi la buat kenangan dalam pertemuan,aku takut xde kenangan so xde lah sejarah nak di ingatkan bagi penghidupan seharian itu.Aku dan eny pun pergi ke parking semula dan nak pulang pun.Perjalanan aku jauh nak balik ke Teluk Intan.Aku meminta eny tunjukkan jalan kerana aku dah lupa jalan nak balik..Lucukan pergi tahu tapi balik tak tahu.Apalah aku ni pun.Aku naik moto dan eny naik kereta.Dalam keadaan sepanjang di jalan aku melihat dari luar eny memandu dalam wajah yang sedih sahaja.Mungkin sebak rasanya bila bertemu dengan aku.Agak jauh juga rumah kakak eny pun.Kalau naik moto rasanya eny mesti laju lah.sebab jauh pun.Sampai sahaja kat satu simpang tiga eny pun membelok ke kiri,aku pun ikut sama.Rupanya itu lorong ke rumah eny,nak buat apa aku ikut pun.aku kan nak balik.Eny pun tak bagi tahu yang ptutnya terus dan jangan belok kiiri.aku pintas kereta eny dan bertanya kemana nie.eny kata,jalan straight td la.owwh macam itu ke.asal tak bagi tahu awal-awal.Aku pun pusing kembali ke jalan besar dengan hati yang sayu dan sebentar tadi eny melambai pada aku.Itu yang buat aku sedih tidak terkata.Sepanjang perjalanan aku asyik ingat eny dan hal serta masalah kami.Hinggakan aku menunggang moto pun aku xperasan sampai mana.Aku cuma layankan sahaja.Nasib la aku perasan yang minyak nak habis lalu aku berhenti dekat Esso dekat area Assam Jawa.Isi lah minyak full tank..aku pun gerak balik.Memang dalm perjalanan eny sahaja dalam ingatan pun. Akhirnya aku tersedar ada mesej masuk dekat hanset dan aku berhenti ditepi jalan dan membacanya.Antara isi mesej ”sory tau td ingt abg dh tau jln,hti2 bwk mtor.”(Jam 8.10 malam).Aku menjawap,”Owh xpe syg..Truk abg kn syg.Abg mtk mf sb wt syg tngu lma td.Xmrhkn?”(Jam 8.14 malam).
Sampai dirumah pun dah pukul 10 malam rasanya.Apa boleh buat tak sedar punya pasal.aku sabarkan sahaja hati ini..

No comments:
Post a Comment