Saturday, 2 July 2011

Titik pertemuan aku dan dia.

Semalam 20 Jun 2011 adalah hari paling bahagia buatku padanya kerana aku dapat bertemu dengan eny.Memang tak dapat ku gambarkan dengan kata-kata walhal dengan apa jua sekali pun.Aku ingin bertemu dengan eny di Tanjung Harapan kerana kebetulan aku berada di puchong selepas aku pulang ke kampus untuk menghantar Surat Perjanjian Pinjaman Mara.Aku nak marah juga apabila Surat Perjanjian Pinjaman Mara tidak diterima angkara sign majikan 1 sahaja.geram betul lah..kenapalah aku tidak teliti sewaktu mengisi Surat Perjanjian Pinjaman Mara itu..Tapi tak apa marah yang aku rasa kian pudar kerana kebetulan eny ada mesej aku sewaktu aku sudah pulang ke rumah pak cik aku.fuuhhh!lega tak terhingga rasanya.Kebetulan pulak eny bagi tahu yang dia ada dekat North Port apa lagi aku terus plan nak jumpa buat kali pertama.Bak kata orang first date nie agak kelam kabut dan apa yang nak di buat pun serba tak menjadi.Masa pertemuan yang dirancang adalah pukul 5 Petang selepas eny pulang dari kerja.Aku merancang perjalanan agak lewat dalam pukul 4.30 Petang.Aku sangkakan aku masih ingat lagi jalan ke situ rupanya aku betul-betul lupa kerana sudah 4 tahun aku tidak sampai ke Tanjung Harapan pun.Betul-betul sesat aku entah sampai kemana pun aku tak tahu.boleh kata memang lewat lah aku sampai dah dekat pukul 6.10 petang.Sepanjang perjalanan tiada apa yang aku nak jumpa bertemu setelah sekian lama merindu pada kasih yang jauh dimata namun dekat dihati.Puas aku mencari jalan akhirnya sampai juga ke Tanjung Harapan. Aku mencari-cari mana eny rupa-rupanya dia sudah berdiri dihadapan kereta sambil melihat aku dalam keadaan wajah yang tenang.Aku tahu dalam ketenangan wajahnya tersimpan bermacam-macam masalah yang harus difikirkannya.Tapi aku harus tenang dan menyusun kata-kata agar eny tidak terluka.Perkataan pertama yang aku ucapkan adalah maaf kerana buat sayang menunggu lama sangat.maklumlah dah lupa jalan.Eny tenang dan kata xpe lah.Aku pun mengajak eny pergi ke atas laluan yang berhamparkan keindahan aliran air laut Selat Melaka.Aku terus berjalan dan berjalan,hinggakan eny kata tak boleh jauh sangat wallet kat dalam kereta.risau katanya..aku pun tidak lah meneruskan perjalanan tapi mengajak duduk sahaja disitu.Aku tahu eny melihat wajah aku dengan perasaan serba salah.aku memulakan perbicaraan bertanya hal-hal kerja sahaja.agak lama berbual-bual hal itu.Fokus aku cuma 1 nak tanya putus atau tidak. Ternyata eny sudah ada jawapan buat soalan yang aku nak tanyakan pun.”Eny berkata, cukuplah sampai disini sahaja kita.risau kalau diteruskan nanti buat hati kita terluka dan tak nak anggap yang abg dipermainakan.Sedang sekarang abg pun sudah dipermainkan.Mintak maaf sangat-sangat.” Aku menjawap,.”Bagi abg xpe lah syg maybe bukan jodoh kita rasanya.abg tak rasa dipermainkan pun,rasa untung kerana disayangi dan di cintai.terima kasih kerana sudi berbuat sedemikian”. Dalam keadaan angin bayu bertiup yang nyaman.aku melihat jauh ke lautan tanpa melihat wajah eny yang aku tahu sekali-sekala ia melihat wajah aku.Aku tahu ia melihat aku dan eny berasa bersalah kerana mempermainkan cinta aku padanya.Agak lama kami berdiam diri dan melihat pandangan laut yang terbentang luas ini.Aku menoleh dan melihat wajahnya dan terus bertanya,”so,sampai disini sahaja la hubungan kita”,eny membalas,”tak maksudkan macam tu,kita masih kawan kan.btl x?”.Aku cuma angguk jew la.padahal dalam hati ada harapan yang menggunung buat perhubungan kami ini.Aku bertanya apa alasan kita nak putus ni.Pertama kerana janji sewaktu zaman sekolah dahulu.Kedua,eny khuatir aku akan ada yang lain maklum la aku kan masih berlajar lagi.Ketiga,masa yang nak ditunggu agak lama.Eny risau dan takut apa yang dirancangkan tidak menjadi kenyataan katanya.Baginya alasan kedua dan ketiga eny tidak ambik kisah sangat.Yang jadi masalah adalah yang pertama,kerana janji dahulu.Kini baru aku tahu yang eny tersepit diantara kaca dan permata.aku adalah kaca dan dia yang dahulu adalah permata.apa boleh buat sudah itu ketentuan jodohnya aku terima dengan ikhlas dan yakin kalau ada jodoh pasti akan bersatu jua.Eny melihat jam katanya sudah dekat pukul 6.40 petang dan berkata,”belum solat lagi.takut tak sempat pulak nanti”.Aku pun menjawap “yelah,betul juga.lewat sangat abg datang kan sayang.so lain kali ajak jumpa macam ini sayang ok x?”.eny menjawap,”insyaallah,boleh sahaja.” Aku pun bangun nak pulang menuju ke parking pun.Teringat aku nak bergambar denag eny,jadi ajak la eny kata aku nak buat gambar kenangan pun.Eny pun setuju.Aku dan eny pun pergi ke tempat yang ada berlatar belakang replika kapal.aku ambil gambar eny dalam 2 dan 3 keping dalm keadaan sudut yang berbeza-beza.selepas itu aku minta enya ambil gambar aku  pula.eny cuma ambil 1 gambar jew.xpe lah.Tapi aku nak pic berdua.macam mana cara.kebetulan ada brother sorang tengah duduk kat situ dan ape lagi aku pun mintak lah dia tolong ambik kan gambar kami berdua.dapat lah 2 keping pun.Jadi la buat kenangan dalam pertemuan,aku takut xde kenangan so xde lah sejarah nak di ingatkan bagi penghidupan seharian itu.Aku dan eny pun pergi ke parking semula dan nak pulang pun.Perjalanan aku jauh nak balik ke Teluk Intan.Aku meminta eny tunjukkan jalan kerana aku dah lupa jalan nak balik..Lucukan pergi tahu tapi balik tak tahu.Apalah aku ni pun.Aku naik moto dan eny naik kereta.Dalam keadaan sepanjang di jalan aku melihat dari luar eny memandu dalam wajah yang sedih sahaja.Mungkin sebak rasanya bila bertemu dengan aku.Agak jauh juga rumah kakak eny pun.Kalau naik moto rasanya eny mesti laju lah.sebab jauh pun.Sampai sahaja kat satu simpang tiga eny pun membelok ke kiri,aku pun ikut sama.Rupanya itu lorong ke rumah eny,nak buat apa aku ikut pun.aku kan nak balik.Eny pun tak bagi tahu yang ptutnya terus dan jangan belok kiiri.aku pintas kereta eny dan bertanya kemana nie.eny kata,jalan straight td la.owwh macam itu ke.asal tak bagi tahu awal-awal.Aku pun pusing kembali ke jalan besar dengan hati yang sayu dan sebentar tadi eny melambai pada aku.Itu yang buat aku sedih tidak terkata.Sepanjang perjalanan aku asyik ingat eny dan hal serta masalah kami.Hinggakan aku menunggang moto pun aku xperasan sampai mana.Aku cuma layankan sahaja.Nasib la aku perasan yang minyak nak habis lalu aku berhenti dekat Esso dekat area Assam Jawa.Isi lah minyak full tank..aku pun gerak balik.Memang dalm perjalanan eny sahaja dalam ingatan pun. Akhirnya aku tersedar ada mesej masuk dekat hanset dan aku berhenti ditepi jalan dan membacanya.Antara isi mesej ”sory tau td ingt abg dh tau jln,hti2 bwk mtor.”(Jam 8.10 malam).Aku menjawap,”Owh xpe syg..Truk abg kn syg.Abg mtk mf sb wt syg tngu lma td.Xmrhkn?”(Jam 8.14 malam).

Sampai dirumah pun dah pukul 10 malam rasanya.Apa boleh buat tak sedar punya pasal.aku sabarkan sahaja hati ini..


Wednesday, 11 May 2011

Rintihan Jiwa

Malam makin suram seirama jua dengan sayunya hatiku ini..Tiada apa yang aku mampu gambarkan hanyalah kedukaan dalam mengenangkan gambaran lalu betapa indahnya percintaan antara aku dan dia.. aku termanggu sendirian berduka lara ditemani tiupan angin sindirian diwaktu malam ini. Banyak sekali yang aku imbas sekali lalu pada ketika ini..Tidak dapat aku uraikan dengan titisan hujan air mata ketika teringatkan kehebatan cintamu itu. Cintamu itu diibaratkan seperti lautan yang tiada tepian pantainya.. Yang tiada pengggantinya..hanya ia bertakhta di hatiku ini.kini yang tinggal hanyalah parut-parut luka yang terbit di kala yang kusam ini. Luka di wajah dapat dilihat namun luka di hati hanya aku sahaja yang tahu..aku lah yang akan merawati pedih ini dan aku jua yang akan meracuni hatiku juga.. salah ku jua bermain dengan api walhal ku tahu api itu panas.. sekarang lihatlah siapa yang sengara kalau bukan aku juga yang kecewa..kecewa tidak dapat diserlahkan dengan pujuk rayu tapi ianya perlukan satu wadah yang mampu meleraikan kekusutan jiwa yang fana ini.
Mudah sungguh melafazkan kata-kata..ketahuilah ia perit bagi yang menerima jika satu ucapan kata mungkin  tiada jodoh antara kita diucapkan.Tidak dapat digambarkan dengan realiti mahupun fantasi ia tetap menjadi sati igauan yang berkelana hingga ke saat ini.. Yang pasti,jalan sudah ku harungi dan kehilangan mu,akan ku pilih dan sesekali tidak akan ku kesali..Pergilah dikau dariku buat selama-lamanya..Selangkah pemergianmu tidak ku tangisi kerana mungkin ada hikmah dikau pergi dari ku ini..akan ku lontar sejauh mungkin dari benua hirisan luka ini.

Kenangan Gabai Waterfall...fun!!!




Monday, 11 April 2011

AKSI INI AMAT MERBAHAYA TAPI INGAT HANYA YANG TERPILIH SAHAJA MAMAPU BUAT!!





Saturday, 2 April 2011

Fikir-Fikir Dan Terus Berfikir

Hari ini cuaca tidak seindah yang diimpikan oleh setiap manusia di kawasan tempat aku ini. Hujan tiba-tiba turun dengan lebat diwaktu tengahari semacam menadakan cuti hujung minggu ini kebanyakkn akan duduk di rumah sahaja nampaknya..Namun buat aku hari ini adalah hari ujian Math yang perlu aku duduki pada jam 3.30p.m.
Aku rasa macam tiada apa-apa perasaan akan ujian math petang nanti kerana fikiran aku sekarang hanyalah BERHENTI belajar dari U nie. Dalam kepala otak aku hanyalah nak pergi kelantan sahaja pun.. Aku nak sambung belaja disana kerana aku memeng teringin nak pergi sana pun..memang niat aku nak kesana sejak dulu lagi. Kali impian sudah didepan mata dan aku mengharapkan aku dapatlah belajar disana dan merasa kehidupan disana..Tapi yang bermain didalam kepala adakah aku membuat keputusan kerana hati sahaja. Itu yang aku risaukan pun.. Tiap detik aku hanya memikirkan KKTM Pasir Mas sahaja. Buat U aku sekarang aku sudah tawar hati nak belajar disini.. Tiap kenangan disini akan menjadi sejarah yang aku pernah belajar di U ini.. Mungkin bukan tempat belajar aku disini buat masa ini. Aku redha akan ketentuan ini.. Semoga dengan tempat belajar aku nanti aku mampu memperolehi kejayaan yang aku impikan kelak.. AMIN.... 

Wednesday, 30 March 2011

Pengertian Jalan-Jalan Mengenal Allah

Adalah didalam kajian hakikat kesemua perjalanan AGAMA bersendikan akan perjalanan pulang iaitu pengenalan akan AGAMA ialah untuk mengenali asal dan usulnya diri kita dan kaitan kita dengan Tuhan. Maka sebagai mana yang telah kita ketahui perjalanan mengenal itu membawa kita kepada pengertian SHARIAT, TARIKAT, HAKIKAT DAN MAKRIFAT dan juga yang dikatakan MARGA atau JALAN dalam kefahaman AJARAN HAKIKAT maka PERJALANAN itu sebenarnya IALAH jalan kita mendekati akan Tuhan kita iaitu mengikuti peraturan yang menjadi asanya HUKUM agar patuh akan apa yang dikehendaki dan kedua kebaktian diatas peraturan itu yang membuka kepada pintu RAHMATnya dan menyempurnakan akan pengenalannya dan sampai akan perjalanannya kepada Tuhannya.
Maka sempurnanya itu diatas PERJALANAN AGAMA ialah memahami akan zahirnya atau turunnya akam hukum itu dan mematuhi akan hukum itu bukan diatas suatu PAKSAAN dan MENERIMA PADAH jika ditolak tetapi diatas mengenal TUHAN ITU DAN MENYINTAINYA bukan seperti PERCAYA KEPADA TUHAN kerana ini tiada membawa manusia itu kepada keimanan sejati kerana sekadar percaya adalah membawa kepada DASAR KEWAJIPAN kerana takut didera sementara KENAL DAN CINTA Tuhan membawa erti ibadat diatas sebab kerana cinta tanpa paksaan dan bukan kerana DOSA atau PAHALA maka disini kita lihat HUKUM ITU DIPATUHI TETAPI KENA TAHU KENAPA BARU SEMPURNA KENYATAAN KITA.
Akan perkara yang dikenali sebagai PERJALANAN itu terbahagi ia kepada 7 makam iaitu
1. SHARIAT – TUBUH
2. TARIKAT – HATI (SANUBARI)
3. HAKIKAT – QALBI (HATI FUAD)
4. MAKRIFAT – SIR
5. HARIKAT – SIRUSIR
6. RAMAKAT – KHAFA
7. EKATAT – AKHFA

Empat yang pertama telah dikenali sementara tiga yang terakhir merupakan batin kepada MAKRIFAT.
RENGKASAN 4 JALAN YANG PERTAMA
1. SHARIAT = satu jalan zahir yang membentuk suatu peraturan yang telah digariskan oleh Allah dalam Al-Quran dan rasulullah melaluinya hadis.
KARMAMARGA SEMBAH RAGA – ertinya perjalanan ibadatnya hanya bertumpukan diatas kesungguhan dan tertib akan ibadatnya dan berusaha untuk memperbaiki akan ibadatnya sehingga tiada cela lahiriahnya dan mengharapkan diatas kelakuannyanya itu mendapat ganjaran

2. TARIKAT = satu jalan yang diterokai bagi merapatkan diri dengan Allah s.w.t.. Ianya merupakan jalan menyucikan diri dan hati supaya terbentuk jalinan akrab diantara dirinya dengan Allah s.w.t.
BAKTIMARGA SEMBAH SUKMA – ertinya perjalanan ibadatnya yang semakin mantap dikeusiaannya dan kerajinannya menjalankan ibadat dengan sempurna shariatnya membawanya kepada tahap kebaktian yang sejati kepada Tuhannya

3. HAKIKAT = suatu jalan menyelami dan mengenali diri sendiri yang merupakan satu-satunya jalan ke arah makrifat diri dengan Allah s.w.t.
JANNAMARGA SEMBAH JIWA – ertinya perjalanan ibadatnya disertai akan ilmu yang memberi erti diatas segala hukum shariat itu yang mana dia memahami kenapa dan apa maksud shariat itu

4. MAKRIFAT = adalah jalan yang dilalui oleh wali Allah yang agung.
YUGAMARGA SEMBAH RAHSIA – ertinya perjalanan ibadatnya sudah mencapai tahap kesempurnaan yang tertinggi dan sudah keluar dari tabiat kebiasaan beribadatnya manusia dimana segala ibadatnya tertumpu diatas kefana’an dirinya sehingga tiada lagi keberadaan dirinya
PENGENALAN KEPADA HARIKAT, RAMAKAT DAN EKATAT
Selepas pengenalan kepada empat perjalanan maka disini diperkenal akan 3 lagi jalan yang membawa kepada kesempurnaan terakhir. Adapun 3 jalan terakhir ini adalah batin kepada MAKRIFAT atau jalan RAHSIA alam SIRURSIR namanya terbahagi kepada 3 BATINnya iaitu
1. Sirrusir ( RAHSIA DALAM RAHSIA)
2. Khafa (TERSEMBUNYI –GHAIB)
3. Akhfa (AMAT TERSEMBUNYI – GHAIBUL-GHAIB)
Pengenalan jalan ini hanya terbuka kepada manusia dalam masa 11 ribu tahun sekali dan hampir-hampir tiada yang dapat melengkapkan kerana setiap jalan itu pula terbuka untuk 11 orang manusia yang terbaik diantara bangsa dan keturunannya dan lagi setiap perjalanan itu memakan 1.1 juta tahun dan penghujung perjalanan ini jika lengkap akan tiga perjalanan memakan masa selama 330 juta tahun.
Adalah pengenalan akan HARIKAT, RAMAKAT dnan EKATAT ini suatu yang dinamakan batin kepada makrifat dimana makrifat itu sendiri terpecah kepada tiga bahagian tersebut menjadi ia hakikat akan makrifat atau batinnya makrifat itu. Kefahaman diatas perkara ini amat bergantung diatas kefahaman makrifat itu sendiri dan hanya terbukti kebenarannya apabila seseorang itu telah sampai kepada pengajian makrifat.

MARTABAT PERJALANAN HARIKAT
Ianya suatu jalan yang membawa ertinya kesatuan diatas dua keberadaan yang ditampirkan sabagai INSAN AL-KAMIL iaitu sempurnanya KUN diatas lidahnya satu Kun dengan Tuhannya, inilah martabat orang yang telah memasuki wilayah MAKRIFAT segera tenggelam didalam lautan ilahiyah yang menjadikan dirinya tiada lagi berkata diatas lidahnya melainkan di KUN-kan oleh Tuhannya. Mereka yang didalam martabat harikat ini menjadi dia RAJA yang akur akan segala sesuatu dan menjadi dia penghukum hukum Allah itu menjadi kitab akan Allah itu dan menjadi ganti diri Allah itu dikemanusiaannya iaitu ternyata ketuhanannya di kemanusiaannya tiada dapat terbeza oleh manusia awam kerana KUNnya itu Kun Tuhannya. Disini yang arifbillah itu mengenali Tuhannya dengan kalamnya dan shuhud yang tiada lagi bertempat melainkan pada dirinya itulah ternyata akan kekuasaan ilahi itu tiada liagi ada batasan lagi

MARTABAT PERJALANAN RAMAKAT
Adalah perjalanan RAMAKAT pula perjalanan kepada menghadirkan diri kepada dua alam dan duduk nya pada satu alam dimana tiada lagi kemanusiannya dan ketuhanannya bahkan telah luluh pada satu alam jua walaupun masih ujud keduanya tetapi alamnya tiada dua tetap satu jua dan mereka yang didalam perjalanan ini adalah pemegang kuasa pemeliharaan yang membawa erti kesatuan kehormanian yang seimbang diatas dua alam pada satu alam itu jua maka ilahiyah itu sudah berubah kepada satu AKU dua DIRI namun tiada shiriknya lagi kerana tuhannya telah menjadikan dia dua kepala satu tubuh membolehkan dia melihat pada satu mata dua pandangan kasyaf pada bayangan yang cerah dan kelam itu jua.

MARTABAT PERJALANAN EKATAT
Ini adalah satu jalan semata-mata perjalanan MAHARAJA bukan Raja kerana disini tiada lagi Dia atau Aku bahkan hancur semuanya kepada suatu martabat yang menyatu akan segalanya kuasa dan kehendak sebagai KUASA SEMATA-MATA yang membawa kepada PENCIPTAAN dan KEHANCURAN itu ada pada sesiapa yang sampai ke martabat ini.



Tuesday, 29 March 2011

Pilihan yang Pasti!!!

Hari ini aku baru terfikir yang aku kini tersalah langkah dalam mencapai impian masa depan aku.Aku terburu-buru membuat keputusan walhal ianya hanyalah menyusahkan hidup aku kelak.. Namun,mujurlah aku tersedar daripada lamunan ini. Kini aku diberi pilihan kedua yang menjamin masa depan aku bagi memperoleh serta menggapai impian aku ini.
kita sebagai manusia tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan.
Bak kata lagu rohana jalil  "Aku insan yang lemah dan hanya mampu berserah.ingin sekali lagi rasanya mencuba"..
Ya allah inikah dugaan buat aku dan aku terpaksa menempuhi situasi ini..

tapi aku dapat merasakan pilihan aku ini ialah terbaik walaupun berat aku katakan.. Biarlah aku sahaja yang mengetahui keadaan sebenarnya..Biarlah rahsia.





Aku yakin inilah keputusan aku..aku terima apa jua keadaan kelak..moga kegigihan yang berterusan terus mendampingi diriku ini.

Saturday, 26 March 2011

Zaman Tadika..

Sebaik-baik kaya ialah kaya hati,seburuk-buruk usaha ialah buta hati,sebesar-besar dosa ialah berdusta,seburuk-buruk usaha ialah memungut riba,seburuk-buruk makanan ialah memakan harta anak yatim.Sesiapa yang mengampuni orang akan diampuni Allah

Mencari redhanya..

Ukhwah yang terbina bukan persis sekuntum bunga tetapi persis tasbih,ada awal,tiada penghujung.Dibuat untuk mengingati-Nya,Dicantum dengan cinta-Nya.Diratib semata-mata redha-Nya