Hari ini aku baru terfikir yang aku kini tersalah langkah dalam mencapai impian masa depan aku.Aku terburu-buru membuat keputusan walhal ianya hanyalah menyusahkan hidup aku kelak.. Namun,mujurlah aku tersedar daripada lamunan ini. Kini aku diberi pilihan kedua yang menjamin masa depan aku bagi memperoleh serta menggapai impian aku ini.
kita sebagai manusia tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan.
Bak kata lagu rohana jalil "Aku insan yang lemah dan hanya mampu berserah.ingin sekali lagi rasanya mencuba"..
Ya allah inikah dugaan buat aku dan aku terpaksa menempuhi situasi ini..
tapi aku dapat merasakan pilihan aku ini ialah terbaik walaupun berat aku katakan.. Biarlah aku sahaja yang mengetahui keadaan sebenarnya..Biarlah rahsia.
Aku yakin inilah keputusan aku..aku terima apa jua keadaan kelak..moga kegigihan yang berterusan terus mendampingi diriku ini.
No comments:
Post a Comment